Seperti yang dijangkakan, perlawanan pada pagi itu mmg sengit. Dan tidak disangka-sangka Chelsea menjaringkan gol terlebih dahulu seawal minit ke-9 menerusi rembatan superb oleh M. Essien. Memang cantik gol tu..fuhh. Dapat dilihat banyak cubaan dilakukan oleh Drogba namun nasib tidak menyebelahi. Walaupun hampir 60% bola dikuasai Barca, namun 'shot on target' Chelsea 4 manakala Barca 0. Sehingga tamat babak pertama, Chelsea mendahului dengan jaringan 1-0.
Babak kedua diteruskan dengan Chelsea terus mengasak pertahanan Barca melalui serangan Drogba. Pada minit ke-66 peluang semakin cerah apabila pertahanan Barca E. Abidal dibuang padang. Ini memberikan kelebihan kepada Chelsea untuk menambah jaringan. Sehingga minit ke-90 Chelsea masih menguasai perlawanan dengan 1-0 dan nampak seperti sudah menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu United. Tapi malangnya pada masa tambahan, dengan tidak disangka-sangka Barca telah menjaringkan gol penymaan menerusi rembatan E. Iniesta pada minit ke-92. Hancur harapan..aku pun turut tersentap dengan jaringan gol tu. Mcm manala pulak dengan penyokong-penyokong yang ada kat stadium time tu terutama pemain-pemain Chelsea. Walaupun Barca layak dapat gol tu tapi sepatutnya Chelsea sudah menambah jaringan terlebih dahulu melalui sepakan penalti kerana 'handball' pemain Barca. Namun permainan pagi itu dicemari dengan pengadil yang tak begitu adil dalam membuat keputusan. Kalau tak sebab 'handball' pun byk kali Drogba dijatuhkan dalam kotak penalti, pun dia tak bagi penalti. GERAMMM!!! tol la aku..Aku marah mcm aku ada syer je dalam kelab Chelsea...huhuhu. Selepas wisel penamat dibunyikan, Barca layak ke final dengan kelayakan gol di tempat lawan walaupun seri 1-1 dengan Chelsea. lepas tamat game..ramai yang tak puas hati dengan isu keputusan pengadil tersebut..Pandai-pandaila ko setel sendiri.





No comments:
Post a Comment